Tuesday, 21 February 2012

Anak tetak ibu sehingga mati

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 21 Feb. – Hanya kerana marah ditegur ibunya, seorang anak tergamak menetak sehingga mati wanita warga emas itu dengan parang di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri dekat sini hari ini.

Mangsa, A’inshon Abd. Rahman, 60, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepalanya oleh penduduk sebelum melaporkan kepada polis pukul 1.30 petang.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berusia 26 tahun yang disyaki penagih dadah, berang selepas ditegur ibunya agar tidak menunggang motosikal keluar dari rumah.

Pemuda itu kemudian mengambil parang di luar rumah lalu bertindak menetak berkali-kali belakang kepala mangsa yang ketika kejadian berada di dapur sebelum melarikan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, bertindak atas maklumat awam, polis memberkas suspek di kawasan Sidam Kiri, kira-kira sejam selepas kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu dipercayai penagih dadah.

“Lelaki itu dikesan turut mengalami masalah mental berdasarkan ubat-ubatan diambilnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama ibunya di rumah itu sementara ahli keluarga lain tinggal berasingan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

Jiran mangsa, Maznan Omar, 48, memberitahu, suspek sebelum ini dikatakan sering kali bergaduh dengan ibunya.

“Dia juga dikesan menghadapi masalah penagihan dadah dan menghidu gam sejak di bangku sekolah,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka suspek bertindak ganas sehingga sanggup membunuh ibunya.

Thursday, 16 February 2012

Misteri kematian para saintis dunia

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

INSIDEN kematian aneh atau misteri para saintis dunia banyak menjadi tanda tanya oleh penghuni maya pada ini. Apakah sebab di sebalik kematian mereka? Siapakah yang menjadi dalangnya?

Bahkan beberapa hari yang lalu, diberitakan di Teheran, sebutir bom magnet yang dilekatkan pada sebuah kereta oleh seorang penunggang motosikal meletup di sebuah universiti sekali gus mengorbankan saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan. Agensi berita lain menyatakan, dalangnya adalah Israel.

Inilah kejadian yang dianggap misteri dan aneh. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama terjadi. Kisah ini juga dikatakan telah dijadikan sebagai sebuah novel.

Berikut sejarah mengenai para saintis dunia yang menerima nasib malang tersebut:

* Doktor Ivan Glebov dan Doktor Alexi Brushlinski (kedua-duanya meninggal dunia Januari 2002).

Glebov dan Brushlinski adalah pakar mikrobiologi dari Rusia. Mereka anggota Akademi Sains Russia. Kedua-duanya terbunuh akibat serangan yang didakwa dilakukan anggota mafia Rusia di Moscow.

* Tanya Holzmayer (usia 46 tahun, meninggal dunia 28 Februari 2002). Pada hari nahas, beliau yang merupakan ahli mikrobiologi berasal dari Rusia ditembak oleh rakan sekerjanya bernama Guyang Huang, 38. Setelah menembak Holzmayer, Huang menembak dirinya sendiri dan turut maut. Mereka berdua diketahui sedang meneliti sistem pertahanan tubuh terhadap virus HIV.

* Robert Leslie Burghoff, 45, (seorang saintis bidang virus) meninggal dunia pada 20 November 2003 akibat dilanggar lari di South Braeswood, Texas).

* Roman Kuzmin, 24, mahasiswa di Universiti Connecticut yang berasal dari Rusia meninggal dunia pada Disember 2002 akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan. Kuzmin dikenali sebagai seorang mahasiswa yang sangat cerdas dan berdedikasi dalam ilmu bedah tulang.

* Dr. Roger (meninggal dunia pada musim panas tahun 2003).

* Robert Aranosia, 61, (seorang peneliti perubatan) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 18 Disember 2003.

* Todd Kauppila, 41, meninggal dunia pada 8 Mei 2005. Beliau merupakan ahli dalam bidang organ di Hospital Los Alamos. Kematiannya misteri.

* Leonid Strachunsky (meninggal dunia 8 Jun 2005). Beliau adalah membuat sistem pertahanan mikrob bagi senjata kimia. Ditemui mati di bilik hotelnya di Moscow dalam perjalanan dari Smolensk ke Amerika Syarikat (AS).

* Mohammed Munim al-Izmerly (meninggal dunia April 2004). Saintis Iraq ini ditembak tepat di kepalanya dalam suatu insiden di AS.

* Ilsley Ingram, 84, meninggal dunia pada 12 April 2004 dalam kes yang masih misteri. Beliau adalah Pengarah Supraregional Haemophilia Reference Centre di St. Thomas Hospital di London.

* William T. McGuire, 39, meninggal dunia pada 5 Mei 2004. Beliau adalah saintis kanan di NJ University dan Penganalisis Kanan Program di New Jersey Institute of Technology di Newark. Beliau adalah salah seorang pakar dunia di bidang mikrobiologi.

* Antonina Presnyakova, 46, meninggal dunia pada 25 Mei 2004. Seorang saintis Rusia yang bekerja dalam senjata biologi di sebuah makmal di Siberia. Keterangan menyebutkan beliau meninggal dunia akibat virus Ebola.

* Dr. Paul Norman, 52, meninggal dunia pada 27 Jun 2004. Seorang yang cerdik dalam bidang senjata kimia dan biologi. Terbunuh dalam kemalangan pesawat tunggal, Cessna 206 di Devon.

* Dr. Larry Bustard, 53, meninggal dunia pada 2 Julai 2004 tanpa sebab yang jelas. Beliau merupakan saintis terkenal dan bersama pasukannya mengembangkan teknologi baru melawan serangan senjata biologi dan kimia di Department of Energy Laboratorium Sandia di Alburqueque.

* Profesor John Clark, 52, meninggal dunia pada 12 Ogos 2004. Beliau adalah pakar bioteknologi yang berjaya mengembangkan teknik modifikasi bagi beberapa tema penelitiannya, antara lain dalam teknologi pengklonan.

* Mohammed Toko Hussein al-Talakani, 40, meninggal dunia pada 5 September 2004.

Beliau ialah seorang ilmuwan fizik nuklear di Iraq sejak tahun 1984. Dia ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Mahmudiya, Baghdad Selatan.

* Matthew Allison, 32, meninggal dunia pada 13 Oktober 2004. Saintis ini terbunuh ketika beliau membuka keretanya di Osceola County, Floridfa.

Kereta Allison terus meletup ketika beliau membuka pintunya. Beliau adalah seorang peneliti di bidang Biologi Molekul dan Bioteknologi.

* Dr. Jose Trias dibunuh pada 19 Mei 1994. Beliau dan isterinya dibunuh di rumah mereka di Chevy Chase, Maryland, AS. Sebelum kematian mereka, Trias bertemu seorang wartawan sahabat mereka dan menceritakan jika mereka mendedahkan perbuatan jenayah Howard Hughes Medical Institute yang juga penderma sejumlah penelitian ilmiah untuk operasi hitam.

* Dr. Jawad al-Ubaidi meninggal dunia di Iraq tahun 1994. Beliau adalah doktor kelahiran Iraq lulusan Universiti Cornell. Beliau direkrut untuk memimpin projek penelitian Biowar Mycoplasma, di mana salah satu projek adalah memberi muatan daripada gerakan super cepat. Media massa mendakwa beliau dibunuh oleh Mossad.

Ramai lagi yang menjadi misteri kematian aneh para saintis dunia jika disebutkan satu persatunya sejak tahun 1990-an hingga terkini.

Walaupun begitu, di sebalik kematian ratusan saintis dunia, semua itu berkaitan dengan program pembatasan populasi umat manusia yang memang telah lama dilancarkan oleh konspirasi global.

Perang adalah program yang paling jelas boleh dilihat, sedangkan operasi-operasi tertutup lainnya adalah dengan menyerang suatu negara atau wilayah dengan penyakit, wabak ataupun dengan menyusupkan agen-agen kimia pembunuh ke dalam bahan makanan dan ubat-ubatan seperti yang telah dilakukan mereka dalam menunggang Codex (makanan dan minuman yang boleh membinasakan manusia).

Siapakah yang dimaksudkan dengan konspirasi global? Apa sebenarnya agenda besar mereka sehingga mengorbankan ratusan para saintis dunia ketika ini?

Kelompok konspirasi global merupakan kelompok yang sangat berpengaruh, super kaya, anti agama langit (namun mempersembahkan dirinya untuk melayani iblis) dan memiliki banyak nama dan kelompok seperti Freemasonry, Zionis, Liberalis dan sebagainya.

Mereka bergerak di semua bidang kehidupan terutama ekonomi, politik dan media massa mahupun hiburan.

Untuk mendukung semua itu mereka dengan serius juga menguasai industri ketenteraan dunia.

Agenda mereka apa yang disebut Order Baharu Dunia. Pelaksanaan mereka menuju ke arah itu yang disebut sebagai globalisasi walaupun mengorbankan banyak nyawa manusia, demi mencapai matlamat dan tujuan mereka.

Mereka telah melempar jauh-jauh dasar tauhid kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mewarisi warisan Namrud dan Firaun. Semua agama langit (samawi) tinggal sekadar kulit luarnya sahaja, dan majoriti manusia telah memeluk agama baharu iaitu pluralisme dan liberalisme yang kononnya dianggap universal.

Wednesday, 15 February 2012

Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya

By HPA Online Network

Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.

Gout

  1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid).  Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi.  Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. Penawar alami boleh menanganinya.
  2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
  3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit.  Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
  4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan  masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
  5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
  6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah.   Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
  7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik.  Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
  8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.

Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.

Sumber : penawaralami

Technorati Tags: ,

Tuesday, 14 February 2012

Misteri Rakaman Kemunculan Wajah Aneh

LANGGAR – Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

wajah aneh

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

wajah aneh

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

- Sinar Harian

 

HATI-HATI BAHAN BAHAYA DALAM MEE SEGERA

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Piranha Terlepas Ke Laut - Dunia Dalam Bahaya?

Piranha gigit 15 perenang - Spesies maging mengganas di Brazil

Disediakan oleh Berita Harian  

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang. Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu. “Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV. Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22. “Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya. Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi. Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert. Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agen

 

Technorati Tags:

Kalender Gambar Zakar Lelaki 2012 !!!

Seorang jurugambar Itali Oliviero Toscani, mengejutkan negara mereka sekali lagi apabila melancarkan kalender tahun 2012 dengan memaparkan sebanyak 12 himpunan gambar zakar lelaki yang dirakamkan secara dekat (close-ups).

Tahun lepas, jurugambar yang sama mencetuskan kontroversi apabila melancarkan kalender yang memaparkan 12 gambar vagina wanita secara dekat.

Namun ada juga yang berkata ok pada jurugambar tersebut kerana bertindak seimbang dengan memaparkan gambar zakar lelaki tahun ini setelah memaparkan gambar vagina perempuan tahun lepas.

Itulah aktiviti seni bagi orang barat. Segala benda yang ada dimuka bumi ini ada mempunyai keindahannya yang tersendiri dan orang seni barat amat menghargainya. Memang tak dapat dinafikan segala kejadian yang dicipta Tuhan amat indah tidak ada pengecualian dalam apa saja benda pun termasuklah alat genital manusia.

Tapi perlu diingat bahawa bukan semua seni itu kita boleh kongsikan dengan orang ramai. Ada seni yang hanya kita saja berhak menghargainya. Itu konsep seni Islam, ada undang-undangnya. Perasaan seni yang tercetus dalam naluri kita sebenarnya mendorong kepada mengkagumi Tuhan yang menjadikan alam semesta, jika ciptaanNya kita jadi kagum, apatah lagi Penciptanya, terlebihlah lagi perlu dikagumi.

Rujuk maklumat asal di sini

 

Technorati Tags: ,

CATATAN GEMPA BUMI DASYAT DUNIA

Berikut catatan ringkas kejadian gempa bumi yang dasyat yang meragut ramai nyawa manusia sepanjang sejarah. Moga ia menjadi iktibar kepada kita sebagai peringatan untuk kita yang kadang kala lalai.

  1. Gempabumi di Syria berlaku pada 20 May 1202 meragut nyawa sekitar 1.1 juta manusia.
  2. Gempabumi di Shenshi, China berlaku pada 2 Feb 1556 meragut nyawa sekitar 820,000 manusia.
  3. Calcutta, India. Berlaku pada 11 Oct 1737. Meragut seramai 300,000 orang.
  4. Antioch, Syria. Berlaku pada 20 May 526. Anggaran seramai 250,000 orang mati.
  5. Tangshan, China pada 28 Julai 1976. Seramai 242,419 orang mati
  6. Nanshan, China pada 22 May 1927 meragut 200,000 nyawa
  7. Yeddo, Jepun pada 30 Dis 1703 meragut seramai 190,000 nyawa
  8. Kansu, China pada 16 Dis 1920 meragut seramai 180,000 nyawa
  9. Messina, Itali pada 28 Dis 191908 meragut 160,000 nyawa
  10. Port-Au-Prince, Haiti pada 12 Jan 2010 meragut seramai lebih dari 150,000 nyawa
  11. Tokyo/Yokohama, Jepun pada 1 Sept 1923 meragut seramai 142,807 nyawa
  12. Sichua, China pada 12 May 2008 meragut 70,000 nyawa.
Technorati Tags: ,

IKAN KELI 97.5KG DITAWAN OLEH SEORANG WANITA

image

Maksud hati menemani kekasihnya menjalani hobi memancing, Alexa Turness (28) menyandang rekod sebagai wanita Inggeris penangkap ikan keli terbesar seberat 97.5 kilogram. Wanita yang berasal dari Holland Park, London Barat ini berjaya mendaratkan seekor ikan keli raksasa saat sedang bercuti di Sepanyol bersama kekasihnya setelah berjuang selama 1 jam. 

Alexa bahkan hampir jatuh ke sungai ketika berusaha menarik ikan tersebut menggunakan kail. Kekasih dan pemandunya pun memberikan bantuan kepadanya. Maklum, ikan yang dia dapat beratnya 2 kali lebih berat dari dirinya dengan ukuran panjang 2 meter. “Kekasih saya suka sekali memancing ikan. Sehingga sejak tujuh atau lapan tahun yang lalu saya menjadi suka ikut memancing. Ini adalah pilihan, antara mau tidak mahu ikut memancing atau tidak bertemu dengannya, “ujar Alexa, sebagaimana laporan Daily Mail, Jumaat (7/10/2011). 

Mendapatkan ikan sebesar itu sama sekali tidak pernah diduga oleh Alexa. Hasil tangkapan Alexa itu pun menjadi ikan segar terbesar yang pernah ditangkap di dunia oleh seorang wanita Inggeris. Wanita Inggeris sebelumnya yang meemecahkan rekod adalah Sheila Penfold (56) dari Wandsforth, London Selatan, yang berjaya menangkap keli seberat 97 kilo juga di Sepanyol pada tahun 2010 lalu.

Technorati Tags:

Monday, 13 February 2012

Suara yang mengubah dunia

dipetik dari Utusan Malaysia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

image

DILAHIRKAN pada 9 Ogos 1963 di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), permulaan kerjaya seni Whitney Houston adalah dengan menyanyi di gereja dan kelab-kelab kecil bersama ibunya, Cissy Houston.

Houston boleh dikatakan agak bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni kerana sepupunya, Dionne Warwick juga merupakan seorang penyanyi terkenal.

Di zaman remajanya, Houston juga pernah menjadi penyanyi pengiring bagi artis-artis popular antaranya Chaka Khan dan Jermaine Jackson.

Bukan hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Houston juga dikurniakan dengan wajah jelita yang jarang ada pada wanita kulit hitam yang lain.

Tidak hairanlah atas faktor itu, Houston mendapat peluang menjadi gadis penghias kulit majalah dengan salah satunya adalah majalah Seventeen dan dianggap sebagai salah seorang wanita kulit hitam untuk mendapat penghargaan setinggi itu.

Kehidupannya berubah pada tahun 1983 apabila mogul muzik, Clive Davis yang menjadi ketua syarikat rakaman, Artista Records di bawah syarikat BMG Music ketika itu hadir menonton persembahan Houston di salah sebuah kelab malam di New York, AS.

Terpukau dengan vokal Houston yang menakjubkan dan segar, Davis tidak menunggu lama untuk menjadikan Houston sebagai artis rakaman di bawah Arista.

Pada tahun 1985, Houston muncul dengan album perdananya, Whitney Houston yang serta-merta mendapat sambutan luar biasa dan kritikan positif daripada pengkritik muzik malah membolehkannya meraih anugerah Grammy pertamanya bagi Vokal Pop Wanta Terbaik .

Memuatkan lagu-lagu popular seperti How Will I Know, All At Once, Saving All My Love For You dan Greatest Love Of All, ia dengan pantas meletakkan nama Houston sebagai bintang baru yang wajar diberi perhatian ketika itu.

Perlahan-lahan dia mendaki puncak populariti sehingga menjadi bintang pop pujaan ramai dek kemantapan dan kehebatan vokal yang sukar ditandingi.

Sehinggakan Davis sendiri pernah memberitahu bahawa suara Houston telah mengubah dunia.

Meneruskan legasinya, Houston muncul dengan dua album selepas itu, Whitney (1987) dan I'm Your Baby Tonight (1990) yang menampilkan banyak lagu-lagu popular serta hits di seluruh dunia.

Antaranya I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me), Where Do Broken Hearts Go, So Emotional, Didn't We Almost Have It All, I'm Your Baby Tonight, All The Man That I Need dan Miracle telah meletakkan nama Houston di mercu kejayaan.

Menyedari popularitinya yang luar biasa itu, Houston mengorak langkah sebagai seorang pelakon dengan membintangi filem semi muzikal, The Bodyguard bersama Kevin Costner pada tahun 1992.

Impak yang terhasil daripada filem itu cukup besar apabila album runut bunyinya menjadi fenomena di seluruh dunia. Semuanya gara-gara lagu I Will Always Love You yang menjadi lagu tema filem tersebut.

Rata-rata pengkritik dan pencinta muzik dunia bersetuju bahawa nyanyian dan penyampaian Houston dalam lagu itu cukup memukau dan luar biasa sekali.

Penangan populariti lagu itu juga telah menjadikan album runut bunyi The Bodyguard sebagai album runut bunyi terlaris sepanjang zaman dengan penjualan sebanyak 17 juta unit di AS dan 44 juta salinan di seluruh dunia.

Malah album itu juga telah memenangi tiga anugerah Grammy termasuk Album Terbaik serta Rakaman Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Terbaik untuk Houston bagi lagu I Will Always Love You.

Ekoran daripada kejayaan lagu itu juga, kontroversi mula tercetus apabila Houston telah mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan komposer dan penyanyi asal lagu itu, Dolly Parton.

Houston dikatakan telah membuat kenyataan yang menyatakan dia menyanyikan lagu itu jauh lebih baik daripada Parton di mana kebenaran itu memang jelas terbukti.

Namun Houston menafikan perkara itu dengan memuji Parton sambil menyatakan lagu itu telah ditulis begitu indah oleh Parton.

Begitu juga Parton yang berterima kasih kepada Houston yang telah memperkenalkan lagu itu kepada masyarakat dengan lebih meluas selain dapat meningkatkan royaltinya.

Selepas itu, Houston telah membintangi dua buah filem lagi iaitu Waiting To Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996) dengan album runut bunyinya juga sukses biarpun tidak sehebat The Bodyguard.

Pada ketika dia berada di kemuncak kegemilangan itulah juga Houston mula terlibat dengan dadah dan alkohol.

Dua kali memasuki pusat pemulihan, Houston membuat pengakuan terbuka kepada Oprah Winfrey mengenai keadaan dirinya yang sudah bebas pengaruh tersebut pada 2010.

WHITNEY HOUSTON MENINGGAL DUNIA

Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya.Jurucakap Whitney, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu sebentar tadi.

Whitney Houston

Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan ole keluarga penyanyi kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, menurut polis di Beverly Hills, Lt Mark Rosen, kematian tersebut masih lagi dalam siasatan polis.

“Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah,” katanya.

Tambah Rosen, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.